Wednesday, September 4, 2013

Little's and Bonda's Hospital Check List

Assalamualaikum

Kalau entry sebelum ini,
kita cerita pasal Little's check list,
kali ni, kita cerita pasal
Little's and Bonda's Hospital check list pula.
Here we go

 Bonda's 
Kad Lawatan Hospital - Done Sentiasa dalam handbag
Kad Pengenalan -
Done Sentiasa dalam handbag 
Telefon Bimbit - Done Sentiasa dalam handbag 
Buku Surah Yasin - Done
Minyak Panas - Pending
2 Helai Baju Berbutang - Pending
2 Pasang Stokin - Pending
1 Helai Skirt - Done
1 Helai Kain Batik - Done
 5 Helai Panties - Pending
Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi) - Pending
1 Helai Tuala Mandi - Done
1 Pek Maternity Pad/Pad Biasa - Done
1 Pasang Selipar - Pending
Kamera - Pending
Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
Termos Air Panas - Done
2 Helai Bag Plastik - Done
1 Helai Baju Sejuk - Pending
Sikat - Pending
4 Pasang Breast Pad - Done
2 Helai Nursing Bra - Done

Little's
 Beg Baby - Done
14 Keping Baby Diapers - Done
4 Helai Baju - Done
Minyak Telon - Done
2 Pek Kecil Baby Wipes/Wet Tissue - Done
1 Helai Tuala Mandi - Done
4 Pasang 
Mittens and Booties - Done
1 Set Toiletries - Done
1 Helai Selimut - Done
4 Helai Napkin - Done
4 Helai Barut -
Done
2 Helai Bonnet
- Done

Doaku,
Semoga Allah permudahkan urusan aku untuk melahirkan bayi yang bakal lahir ini.
 Semoga kami selamat kedua-duanya.
Amin.

Friday, August 30, 2013

Little's Check List


Assalamualaikum

Ok!
sekarang saya sudah masuk ke minggu ke 34!
dub dab dub dab ye perasaan!
nervous ada, excited pun ada!
dalam hati ni, selalu cakap cane lah rupe Little saya ini.
hihi

 so

memandangkan this is my 1st baby,
haruslah saya ada a baby list,
supaya i dont missed out those important things.

Setelah mencari list kat Mr. Google,
here we go!

Pakaian Bayi 
7 Pasang Baju Siang - Done
7 Pasang Baju Malam - Done
3 Helai Rompers - Done FOS
Barut - Done Anakku
  6 Pasang Mittens and Booties - Done
4 Helai Bonnet - Done
1 Helai Kain Bedung - Pending
3 Helai Bib - Done Anakku

Lampin 

8 Helai Napkin- Done Anakku
Diapers - Done Pet Pet Diapers
Wet Tissue - Done Anakku
Changing Mat - Done Baby Kiko
Laundry Detergent - Done NappiKleen
Bag - Done Anakku

Set Mandian 

Besen Mandi Bayi - Pending
2 Helai Tuala Mandi - Done
Tuala muka - Not necessary kot
Cecair Mandian - Done Johnson and Johnson Travel Pack
Syampu - Done Johnson and Johnson Travel Pack

Set Penjagaan Bayi 

Losen Bayi - Done Johnson and Johnson Travel Pack
Minyak Bayi - Done Johnson and Johnson Travel Pack
Bedak Bayi - Done Johnson and Johnson Travel Pack
Sikat atau Berus Rambut - Not necessary kot
Minyak Telon - Done
Alat Pemotong Kuku - Done Pureen
Kapas Muka - Done Pigeon
Krim Ruam Lampin - Done
Termometer Digital - Pending
Nasal Aspirator - Pending

Tidur 

Tilam - MiL nak bagi kate cik abang
Bantal kepala - MiL nak bagi kate cik abang
Bantal peluk - MiL nak bagi kate cik abang
Cadar - MiL nak bagi kate cik abang
1 Selimut - Done Anakku

Penyusuan 

Pam Payu Dara (manual / bateri / elektrik) - Done, First Year Mi Pump Double Breast Pump (Battery + Electric)
Bekas Penyimpanan Susu Ibu - DoneAutumnz - Double Zip Lock Breastmilk Storage Bag (25 Bags)*7oz
Beg Pendingin - Pending
Botol susu bebas BPA - Done Philips Avent Natural Feeding Bottle 125ml Twin Pack Set
Puting botol susu - Done Philips Avent Natural Feeding Bottle 125ml Twin Pack Set
Berus botol - Done Baby Kiko
Alat Steril Botol Susu - Pending

 Ok,

most of the item dh ready
tinggal tunggu baby je, eh?
debar2 hati bonda bile ckp camtu
hehe
mudah-mudahan semuanya selamat dan dipermudahkan olehNya,
Amin!

Wednesday, July 31, 2013

Menduduki Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Assalamualaikum

Entry ni aku nak share pengalaman waktu jawab exam Pegawai Teknologi Maklumat
pada 27/7/2013 sabtu haritu.
Nasib aku baik sebab lokasi exam dengan rumah hanya dalam 15 minit je.
So, boleh dikatakan aku sampai agak awal. 
Yelah,
aku perasan exam start pukul 8 pagi dan calon dikehendaki hadir awal 30 minit sebelum exam bermula.
Tempat pulak senang cari,
so pukul 7.30 aku dah tercegat kat pintu masuk dewan exam.

Pengalaman pertama ni haruslah ada nervous, excited.
Nervous sebab tak yakin dengan ilmu didada,
lagi2 tengok candidate lain mereka mcm sgt professional.
*perasan diri muda remaja! haha
Lepastu pulak,
aku tak tahu and tak ada idea macammane bentuk soalan dia.
kalau yang dah penah pergi maybe boleh agak.
Tapi saya kali pertama!
So of course lah nervous!
Dengan keadaan diri yang dah lama x masuk dewan exam!
tengok susunan meja dan kerusi pun boleh
dup dap dup dap ye.
haha
Alahai, dengan sapelah aku nak duduk ni.
Part excited pulak,
kali ni aku amek exam bukan berkeseorangan.
Little pun ada sama,
Alhamdulillah, die well behave.
Bagus anak bonda! haha

Ok, saat aku melangkah masuk ke dewan,
aku ada perasan sorang ex-student uniten ni.
So, aku hulurkan tangan untuk bersalam dan berborak.
Finally, aku duduk dengan die waktu exam.
sebab susun atur meja 1 meja 2 orang instead of 1 meja seorang.

Arrangement dia agak lama nye,
dah berbakul2 dosa aku buat marahkan dorang ni sebab lambat,
rupanya exam start pukul 8:30 ye.
Aku sorang je ingat kul 8:00.
Ampun nye pengawas2 exam!
hehe
 
Seksyen A
 Pengetahuan Am (Masa : 40 Minit, Soalan : 50(aneka pilihan))
Aku ingatkan soalan ni banyak berkaitan pasal isu semasa negara dan dunia.
Punyalah aku print latest info pasal PRU 13 ngan dewan negara, parlimen segala bagai.
Sekali satu soalan pun tak masuk ye.
Bayang pun tak ada.
haha
Seperti yang dijangka, soalan yang keluar adalah bab2 IT.
Tak yah nak jangka sangat lah sebab x boleh jawab sangat pun.
huhu
Dah lah term2 semua dalam bahasa melayu.
Bukan nak kate terror english tp bila term tu dalam bahasa melayu rasa macam pelik.
Sebab dulu belajar dalam english.
So, terkial2 jugak nak fahamkn apa kebenda lah ni dalam english.
haha
Soalan yang pasal isu semasa pulak,
memang rasa macam nak pitam!
haha
Yelah, dorang tanye pasal sektor IT dari perspective government. 
Macam apa undang2, apa motif kempen and bla bla bla yang kerajaan buat untuk IT sector.
So, I'm totally have no idea.
So, dengan masa yang sangat lama, I'm very excited to finish up my paper.

Seksyen B
Daya Menyelesaikan Masalah (Masa : 45 Minit, Soalan : 40(aneka pilihan))
Ok,
soalan ini consist of soalan matematik SPM and logic.
Enjoy jawab soalan ni tapi masa sangat cemburu ngan aku!
So, kaedahnya,
kalau jawapan aku ala2 dekat dengan jawapan kat paper exam, terus aku choose.
Tak nak bazir masa punya pasal! stress! haha
Antara soalan yang keluar,
bab nisbah, logic, percent, mean mode median dan lain-lain yang aku x dapat nk ingat.
huhu

Seksyen C
Esei Bahasa Inggeris ( Masa : 1 Jam, Soalan : 3 Pilih 1 (esai))
Aku ingat kan esei english ni macam esei kat sekolah time SPM dulu.
Soalan yang best2 yang mudah2 sekadar nak uji tahap penguasaan dan penggunaan bahasa dengan betul.
haha silap lah aku berangan, sebab soalan dia bab IT jugak!
alahai hai hai
hahaha
Nasib baik dia tak limitkan berapa patah perkataan,
aku pun penuhkan 2 halaman muka surat dengan esei aku.
Minta maaf ye pegawai yang memeriksa sbb tulisan saya comel.
haruuuu

Penaksiran Personaliti (Masa : 30 Minit, Soalan : 94 (aneka pilihan))
At first aku terkejut tengok bilangan soalan dengan masa.
Terfikir2 mampu ke aku habis jawab semua soalan ni.
 Sekali bila dah mula,
oh soalan die mudah,
soalan berkaitan pasal personaliti diri kita.
So, bila baca soalan terus jawab.
No repeat question ini untuk menjimatkan masa.

Finally pukul 1 tamat lah ke empat2 paper aku.
By the way, ramai ye ibu2 mengandung yang dapat offer jugak.
hehe masing datang bawa baby dalam perut.
Teringat masa baru2 duduk kat seat,
tengok macam half dewan je yang datang.
Dalam hati bercakap,
mintak2 ada lah rezeki aku.
Tapi bila dh balik, tengok candidate penuh dewan ye.
Aku estimate dalam 2000 candidates.
ramai kan?
Tak pe, kalau dapat Alhamdulillah.
Kalau tak, at least aku dah ada pengalaman.

waktu nak ke parking kereta,
menunggu cik abang amek,
 aku nampak kelibat kawan2 kat uniten!
Husni, Nad, Akmal ngan wak.
Sempat aku bertegur sapa ngan dorang.
Teringat zaman kat uniten,
lepas exam kitorang akan lepak upten.
oh rindu nye zaman kat uniten.
Namun sekarang kenangan hanya tinggal kenangan.
 By the way
All the best to all of us!
Amin 

Monday, July 29, 2013

Jemputan ke Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Assalamualaikum

Kali ini aku nak share pasal one of good news early Ramadhan.

Lepas berbuka pada 2 Ramandhan tu tiba-tiba BB berbunyi,
tengok-tengok, ohhh email.
Konon-konon nak letak balik lah phone tu,
tapi kalau tak silap tengok sekali imbas td, aku perasan sender email tu dr peperiksaan@spa.com.my.
eh SPA yg gov tu ke? *dalam hati berdetik
so aku pun focuskan mata, tengok betul2 subject dia pula
"PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41"
iyelah!
jemputan ke peperiksaan spa untuk post Pegawai IT!
Alhamdulillah,
suka x terhingga!
Semoga ini rezeki Si Little!
yelah, 1st time kena panggil g exam.
nampak jugak nama aku di mata dorang.

Ini details jemputan
Tarikh : 27/7/2013
Tempat : MAEPS MANAGEMENT SDN BHD
DEWAN A (1),BANGUNAN SEKRETARIAT MAEPS
IBU PEJABAT MARDI, PERSIARAN MARDI-UPM
43400 SERDANG
W.P. PUTRAJAYA 



Wish us luck!

Sunday, July 14, 2013

Birthday Treat Sabah



Assalamualaikum

Tanggal 13 June,
Ibu bawa aku, hubby dan adik lelaki aku ke sabah.
It was a great trip!
Dah Ibu sponsored air fare, hotel and meal.
of course le, great kan!

Buat pertama kali dalam hidup,
aku naik airplane ye!
Excited, Nervous, Happy semua ada.
Kami berlepas pada pukul 16:45 dari LCCT and around 19:00 kitorang selamat sampai di Terminal 2 - Kota Kinabalu.

Sampai pun dah malam,
tak nampak sangat macam mana keadaan sebenar Bandar Kota Kinabalu.
Ibu pilih Hotel Budget je, ok lah bilik kat hotel tu.
Perut pun dah keroncong, so Ibu pun bawak lah kitorang pegi makan seafood kat Pasar Filipina.
Environment pasar die sangat berbeza macam kat semenanjung ye.
Sangat berbeza.
Ha tengok tu, kedai makan seafood die.

Ini pula gambar seafood die, ada ikan, ketam, udang, rumpau laut dan macam-macam lah.


Kalau dari segi fresh makanan laut tu, husband aku kata ok lah, agak fresh.
Harga seafood dan makanan lain pula agak sedikit mahal,
dan harga air die, kalah kedai mamak kat semenanjung ok, lagi mahal!
huhu
Perut dah kenyang, kami pusing-pusing di Pasar Malam Filipina pula.
Lepas dapat beli ole-ole untuk kawan-kawan.
Kami mencari kereta sewa untuk perjalanan esok hari pulak.
Alhamdulillah,
kami dapat kereta Saga FLX untuk 24 jam dengan harga sewa RM150.
Sesudah itu, kami pun pulang ke kamar untuk beradu.
gitu.

Keesokan harinya,

lepas breakfast dengan bekalan ibu,
kami memulakan perjalanan.
Hanya dengan berpandukan peta, signboard dan bertanya orang,
kami selamat sampai ke destinasi tanpa sesat.


Tamparuli

Ini permandangan Gunung Kinabalu dari Tamparuli
  

Rumah Terbalik
Ticket Price : RM 10 per entry



 Rumah Terbalik


 Kuat tak Bonda? Satu jari pun bole. Haha

 Welcome to Rumah Terbalik


 Taman Terbalik


 The Sponsor

Kaki Gunung Kinabalu




Gunung Kinabalu

Ticket Price : RM 4 per entry








Kundasang





Poring Hot Spring

Ticket Price : RM 4 per entry





Setelah puas seharian, kami pun pulang ke Hotel.
Okay, buat pengetahuan semua, 
masa perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu ke Gunung Kinabalu dalam masa 1 jam sahaja.
Dan kami tidak menghadapi sebarang masalah dengan struktur jalan,
sebab,
jalan dia sangat cantik dan smooth.
Kalah jalan ke Cameron Highland!

Keesokkan harinya selepas pulangkan kereta sewa dan sarapan pagi.

Kami memulakan perjalanan ke Pulau.
Kos menaiki bot ialah RM 20 per person untuk ke 2 pulau.
Untuk pengetahuan semua,
bot yang kami naiki tu illegal bot.
Berdasarkan pengalaman kami,
kami tidak menasihatkan anda untuk menaiki illegal bot tu sebab tak ada safety guarantee.


Pulau Mamutik
 RM 4 per entry




   


Pulau Manukan






Pantai die sangat cantik, bile kat Pulau Manukan tu,
aku swim dengan ikan-ikan ye.
Masya Allah indah sungguh ciptaan Allah.
So, setelah seharian menghabiskan masa di pantai,
kami pun mempersiapkan diri untuk pulang justerus pulang ke KL.

Sebelum pulang tu,
kami singgah ke Pasar Filipina,
untuk isi perut, mane tak nya, penat swimming lah katakan.
Ha, inilah rupa dia bila waktu siang.


Ha, fresh kan udang-udang dia

Tepat pukul 9:00 malam kami berangkat dari Terminal 2, Kota Kinabalu
dan sampai di LCCT pada pukul 12:00 Malam.

Alhamdulillah, kami selamat sampai dan sihat semuanya.