Aku ni jenis yang "Hangat-Hangat Tahi Ayam"!
haha
I mean tak consistent, take it things On and Off.
So, aku share je lah ape yang aku consume during my pregnancy journey.
Ok,
buat pengetahuan semua,
aku sudah memulakan pengambilan Folic Acid sejak sebelum pregnant.
Dari article aku aku baca, pengambilan Folic Acid ketika sebelum hamil adalah bagus.
Rata-rata akan tahu mereka pregnant pada minggu ke 4 atau 5.
So, at least in between tu, kita dah start supply baby with basic supplement they needed.
Sampailah KKIA supply aku Zinc Coffer, baru aku stop ambil my existing Folic Acid.
Sebab dalam Zinc Coffer itu sendiri, sudah ada Folic Acid.
KKIA juga ade supply Iron Tablet, ini adalah untuk menambah darah kita dan mengelakkan kita dari menghidap Anemia (kurang darah).
Setelah disahkan hamil,
aku mula mengamalkan meminum air kotak soya, konon bak kate orang
nak anak berkulit putih.
Yelah aku dengan kakandakan gelap.
Tapi bila aku dah start Morning Sickness, aku sudah tak mampu telan air soya tu,
seperti macam ada hampas soya yang tertinggal dalam mulut.
So, aku terpaksa stop.
Semasa Morning Sickness aku cuba mengamalkan beberapa makanan lain.
Tapi, masih lagi tidak berjaya untuk takeover Morning Sickness.
Antaranya,
- Kismis
- Kurma
- Pati Delima Gulsan
Pati Delima Gulsan ni di recommend oleh Kak Zihan dari FB Group SiS!
Thanks kak!
Sebab malas nak mencari, so aku beli dengan Kak Zihan je dengan harga RM 15 sebotol.
Tapi sebenarnya, tak susah nak mencari Pati ni, ia boleh didapati di kedai-kedai yang menjual barangan timur tengah.
Seperti yang menjual kurma, kekacang dan dan seangkatan dengan nya.
Even kat Mid Valley pun ada stall yang menjual Pati ini.
So far aku pernah nampak di Giant Kajang, Jusco Equine Park dan Midvalley.
Tapi masih juga tak membantu sangat.
Sedih!
Sewaktu Morning Sickness aku sudah berkurangan,
Aku memulakan pengambilan susu kambing.
Ini pun di recommend oleh Kak Zihan.
Banyak ilmu yang aku dapat dari Kak Zihan ni.
Yelah, die pun sedang mengandung anak ke dua.
So tu yang die share tips.
Berdasarkan apa yang dia kata, susu kambing Nubian ni hanya boleh dijumpai di sesetengah pasar raya saja.
Bukan tu je, ia juga merupakan hot selling product.
Alhamdulillah,
agaknya rezeki aku, masa waktu lunch,
aku pergi ke Aeon Big, Mid Valley terus aku grab 6 botol susu kambing tu.
Memang betul kata Kak Zihan, waktu aku pergi tu,
aku nampak allocate stock die tak banyak dan just left a few bottles je.
So total investment adalah RM 4.90 X 6 Bottles : RM 29.40.
Untuk pengetahuan semua, Nubian ni ada buat penghantaran ke rumah.
Untuk lebih lanjut boleh klik link ni
Waktu nak minum susu kambing ni.
Allah, tuhan je yang tahu.
Ini adalah kali pertama aku minum susu kambing.
What you expect kan?
Dengan bau dan rasa hamis dia.
Haiyoo, rasa diri macam kambing pun ada!
Cara pengambilan die, aku minum 1 hari setengah botol.
Tak mampu lah nk tunggung 1 botol even susu kambing tu sejuk.
Hamis!
Buat Pengetahuan semua,
Nubian Goat's Milk ni boleh didapati di Aeon Big, Tesco, Jusco Supermarket dan Cold Storage.
Tapi kalau you nak yang the cheapest price, you may go to Tesco with cost of RM 4.49.