Orang yang mencintai kamu,
tidak pernah mampu memberikan alasan, kenapa dia mencintai kamu..
yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya..
Orang yang mencintai kamu,
selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik..
walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah..
Orang yang mencintai kamu,
selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,
dia ingin tahu kegiatan kamu..
Orang yang mencintai kamu,
akan mengirimkan SMS seperti
'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi,
walaupun kamu tidak membalas SMS-nya,
kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya,
menyatakan dalam cara yang berbeda,
tapi berselindung ayat selain kata cinta itu..
Orang yang mencintai kamu,
akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,
bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya,
kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya..
dan saat itu, matanya pasti berkaca..
kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu..
Orang yang mencintai kamu,
selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,
bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya..
kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,
berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya,
dan akhirnya kau musnahkan??? pasti kau lupa,
tetapi bukan orang yang mencintai kamu..
Orang yang mencintai kamu,
akan memberikan suatu barang miliknya,
yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,
tetapi baginya barang itu sangat istimewa..
Orang yang mencintai kamu,
selalu ingin berada dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu..
kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya..
dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu,
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu..
dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas,
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya..
dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya, atau memberi reaksi menolaknya,
dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya..
dan..
Orang yang begitu mencintaimu,
tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan,
walaupun hatinya meronta ingin mengetahui,
kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya..
saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.....
2 comments:
pergh...muke nk emo..
but ur post nih mmg menusuk kalbu lol!!~
ala..
sek2 muke amek gambo nk senyum je.. skali skala buat la muke emo.. hihi
urm.. kan? kan? menusuk kalbu kan?
nway..
ade girl bg aku ni..
agaknye die tgk shoutout kat fs aku tu cam sedih jer..
tu yg die msg ni kat aku..
die x tau, die da buat aku lagi sedey.. huhu
Post a Comment