Monday, May 23, 2011

airmata

Assalamualaikum

cinta,
hari yang ditunggu-tunggu, telah pun tiba.
akan tetapi hati ini hambar.
semacam kecewa.
semacam penantian yang sia-sia.
yang tidak dihargai.
walaupun begitu.
tahu kah kau yang aku masih menunggu.

hidup,
aku pernah berputus asa.
malahan sedang.
terasa aku memikul beban yang amat berat.
entah siapa dapat mendengar hati ini.
memahami hati ini.
aku pun tak tahu.
rase hati mahu pergi jauh.
tanpa ada siapa mengenali.

impian,
terasa aku seorang sahaja yang memiliki impian itu.
akan tetapi tidak dia dan dia.
jika begitu.
apakah kesudahan cerita hidup.
bahagia mahupun derita.

tuhan,
sesungguhnya amatlah berat dugaan mu.
hati ini semacam tak tertanggung.
moga kau buka kan lah pintu-pintu penyelesaian.
 sesungguhnya kau lah penjagaku.


Assalamualaikum



No comments: