Thursday, May 26, 2011

suka mahupun duka

Assalamualaikum

Hari ini ada sedikit suka dan juga ada sedikit duka.
Hari ini juga aku menonton "Nur Kasih The Movie" bersama sang kekasih.
Jalan ceritanya menarik, sepasang suami isteri yang menerokai hidup yang penuh dengan cabaran dan halangan.
Namun begitu mesej aku dapat dari tontonan itu ialah.
"Cabaran dan dugaan itu membuka peluang pada kita untuk kita lebih merapatkan diri KepadaNya"
Aku harap aku punyai kesabaran yang tinggi untuk menghadapi cabaran hidup yang mendatang.
Sesungguhnya aku juga berharap agar tuhan yang maha mendengar itu, dapat mendengar bisik hati kecil hambanya ini.
Moga diberikan jalan penyelesaian kepada semua yang kusut belum terurai. 
Moga diberikan peluang untuk mengejar impian hidup.
Amin.


Assalamualaikum


Post a Comment