Saturday, July 13, 2013

2nd time Admitted

Assalamualaikum

9 April 2013
Merupakan hari temujanji kedua dengan KKIA Kajang.
 Menjalani prosedur seperti biasa, aku direfer ke nurse untuk mendapatkan nasihat.
 However, I still got bad news even on my 2nd visit.
Jadi serik pun ada nak pg KKIA. 
Dari keputusan air kencing, aku masih lagi mengalami masalah dehidrasi.
Seperti yang aku sudah maklum,
aku direfer ke Doctor dan terus Doctor memberikan aku sepucuk surat
"Urusan Seri Paduka Baginda"
buat kali kedua.
The same dialog again
Doctor : "Awak naik Ambulance nak? At least bila awak sampai Hospital nanti keton awak dah turun"
Aku : "Tak nak lah Doctor, saya nak suami saya yang bawak saya. Lagipun, sakit saya ni apelah sangat"
Doctor : "Eh, awak ni kes kecemasan apa. Tak pe kalau awak tak nak. Tapi make sure awak pergi ye?"
Aku : "Baiklah" dengan nada pasrah.



Sesampai aku disana, urusan seperti biasa lah, register dan tunggu giliran untuk berjumpa Doctor.

Ok, Doctor yang consult aku tu handsome!

cuci mata~
 Die kate nak amek sample darah and air kencing.
Aku ni dok pasrah kan diri jelah, tapi dalam hati bengang,
"Berapa kali badan aku nak kene cucuk satu hari ni!"

Ok, aku pitam waktu Doctor amek darah.
Disebabkan badan aku yang lemah sgt, so aku disuruh untuk baring.
Lepas diberi minuman dan stabil, aku pun bangun dari katil dan disuruh duduk di kerusi.
Nangis ok teresak2 plak tu.
Sedih sangat sebab kenapa macam ni sekali dugaan aku.

Aku call ibu pun dalam keadaan yang teresak2.
Tapi ibu pesan, duduk hospital tu lagi bagus, dapat rehat dan sentiasa dipantau katanya.
Aku pun cubalah kuatkan semangat. 

Welcome to Ward 4 for the 2nd time!

 

Teringat kejadian petang tadi waktu aku post status di FB mengatakan aku ditahan ward.
Boleh pulak mamat kat office ni bakar line, wish kat aku "Happy Holiday!".
Eh? ko ingat aku masuk hospital ni aku pergi bercuti ke?
Eh? nape macam haram sangat perangai kau hah?
Patutnya wish get well soon ke ape ke. Ini tak, hati aku panas dibuatnya.
Oleh disebabkan budak tu ade FB.
"So who eat chili, they feel the hot!"

"To whom it may concern,

Please be informed, I do not have any other option except to stay in this GH. Please bear in mind , Doctor would not simply give an instruction to admit patient unless it is a serious case. Do not expect I loved to stay here and do not expect I enjoyed my life over here. Do you know how suffer I am?
PS: Please learn how to respect other's people. 
Best Regards,
Anis"

Layanan nurse2 kat Hospital Kajang ni okay lah, lagi2 yang sister pakai uniform biru.
Keibuan sangat.
Cuma yang muda2 ni jela, cam puaka sikit.
Macam yang kat bawah ni, pada keesokkan pagi tu Doctor arahkan aku ke klinik sca.
So, adalah sorang nurse ni ditugaskan Doctor untuk bawa aku.
Ok, die layan aku macam aku ni kene didukung ye?
Muka nak ketat! bengang aku!





Condition aku sepanjang dekat Hospital ni, ok.
Segala muntah dan tak lalu makan semua hilang.
So, aku ingat aku boleh discharge macam yg 1st time admitted.
Tapi aku harus berhenti berharap ye, sebab keton result waktu morning sample still tak ok.
So, aku minum air berbotol-botol dengan harapan keton result aku ok, then aku boleh balik tengahari nanti.
Tunggu result afternoon sample pulak, still tak ok.
And Doctor dah confirm, aku memang tak boleh discharge harini, kene tambah lagi penginapan di Hospital.
Aku cam hah?!!?
Aku tak putus asa!
Aku minum dan minum, aku request repeat test.
Doctor semacam tak setuju, sebab die lebih prefer aku rehat di hospital.
Tapi aku tak selesa la nak bermalam lama2 kat sane.
1 malam pun dah hazab!
Nak mandi, toilet sempit, dengan panasnye, tidur malam bertemankan nyamuk.
oh Ya Allah, aku tak sanggup.
Akhirnya, Alhamdulillah evening result was ok .
Doctor, you got no choice, to release me.
hehe.
Waktu Doctor release aku, die ada cakap result Thyroid test waktu 1st time aku admitted tinggi.
So start from now on, I'm under medication.
And kene buat follow up check up every 2 weeks!
Apa yang berlegar di kepala "Habis cuti aku!"
Apa pun,
aku berdoa moga apa pun yang berlaku ke atasku,
si Little yang dalam kandungan ini membesar dengan sihat.
Dan segala urusan ku dipermudahkan Allah kelak.
Amin.


Post a Comment