Assalamualaikum
12 February 13
Ingin aku panjatkan
kesyukuran ke hadrat ilahi dengan kurniaannya, kerana setelah 5 bulan kami
berkahwin, ALLAH memberi keizinan untuk kami memiliki zuriat kami sendiri,
Alhamdulillah.
Antara tips yang aku
amalkan semasa sedang mecuba untuk hamil adalah:
i)
Doa disetiap sujud solat yang terakhir
ii)
Mengamalkan membaca Surah Yasin setiap hari
(which is biasanya aku buat ketika dalam KTM train)
iii)
Mendoakan kesenangan orang sungguh pun orang itu aku tak kenal
iv)
Pengambilan EPO – Evening Primrose Oil Kordel
v)
Pengambilan Acid Folic
vi)
Menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam
diet seharian
Alhamdulillah berkat usaha dan izinNya, aku disahkan hamil
di waktu yang tidak aku jangka.
Sungguh aku tidak menjangka ianya positif disebabkan aku
punyai period cycle yang tidak teratur sehingga 38 Hari.
Dan pada hari aku missed period, pregnancy test kit aku
telah menunjukkan keputusannya yang negative.
So dengan sengajanya aku bergurau lasak dengan sepupu cilik
dan minum minuman bergas sewaktu balik kampung.
Tujuan aku supaya period tu keluar tanpa aku perlu menunggu
lebih lama.
Tapi masih tidak period2 juga, kira-kira sudah masuk 2
minggu delayed ni.
I wonder myself.
Akhirnya aku memberanikan diri untuk membeli 2nd pregnancy test kit untuk check resultnya.
And Alhamdulillah, keputusan menunjukkan positif dengan
ujian air kencing yang pertama diawal pagi.
Suka, terkejut, teruja, gementar semua bercampur baur.
Kakanda, mestilah orang pertama yang tahu kan.
Konon nak buat surprise, tp tak sabar punya pasal.
Akhirnya cakap dengan mulut sendiri. Haha.
Syukur, Terima Kasih ALLAH.
Untuk meraikan kehadirannya, maka aku dan kakanda pun
pergilah melakukan scan bagi memastikan semuanya dalam keadaan baik.
Maklumat scan seperti berikut ; :
Jenis Scan: 2D scan
Clinic: Klinik Fadzlyana, Equine Park
Cost: RM45.00 with Picture
What we both can see is only a small dot, but it’s okay, we
still want to say Hi to baby!
No comments:
Post a Comment