Sunday, July 14, 2013

Practice during Pregnancy


Assalamualaikum

Kali ini aku nak share apa yang aku practice during my pregnancy.
Let me just be honest.
Aku ni jenis yang "Hangat-Hangat Tahi Ayam"!
haha
I mean tak consistent, take it things On and Off.
So, aku share je lah ape yang aku consume during my pregnancy journey. 
Ok,
buat pengetahuan semua,
aku sudah memulakan pengambilan Folic Acid sejak sebelum pregnant.
Dari article aku aku baca, pengambilan Folic Acid ketika sebelum hamil adalah bagus.
Rata-rata akan tahu mereka pregnant pada minggu ke 4 atau 5.
So, at least in between tu, kita dah start supply baby with basic supplement they needed.
untuk bacaan lebih lanjut, bole baca di link Dr. Zubaidi di http://drzubaidi.com/blog/?p=1902.
 Sampailah KKIA supply aku Zinc Coffer, baru aku stop ambil my existing Folic Acid.
Sebab dalam Zinc Coffer itu sendiri, sudah ada Folic Acid.
KKIA juga ade supply Iron Tablet, ini adalah untuk menambah darah kita dan mengelakkan kita dari menghidap Anemia (kurang darah).

Setelah disahkan hamil,
aku mula mengamalkan meminum air kotak soya, konon bak kate orang
 nak anak berkulit putih.
Yelah aku dengan kakandakan gelap.
Tapi bila aku dah start Morning Sickness, aku sudah tak mampu telan air soya tu,
seperti macam ada hampas soya yang tertinggal dalam mulut.
So, aku terpaksa stop.

Semasa Morning Sickness aku cuba mengamalkan beberapa makanan lain.
Tapi, masih lagi tidak berjaya untuk takeover Morning Sickness.
Antaranya,
- Kismis
- Kurma
- Pati Delima Gulsan


Pati Delima Gulsan ni di recommend oleh Kak Zihan dari FB Group SiS!
Thanks kak!
Sebab malas nak mencari, so aku beli dengan Kak Zihan je dengan harga RM 15 sebotol.
Tapi sebenarnya, tak susah nak mencari Pati ni, ia boleh didapati di kedai-kedai yang menjual barangan timur tengah.
Seperti yang menjual kurma, kekacang dan dan seangkatan dengan nya.
Even kat Mid Valley pun ada stall yang menjual Pati ini.
So far aku pernah nampak di Giant Kajang, Jusco Equine Park dan Midvalley.
Tapi masih juga tak membantu sangat.
Sedih!

Sewaktu Morning Sickness aku sudah berkurangan,
Aku memulakan pengambilan susu kambing.
Ini pun di recommend oleh Kak Zihan.
Banyak ilmu yang aku dapat dari Kak Zihan ni.
Yelah, die pun sedang mengandung anak ke dua.
So tu yang die share tips.
Berdasarkan apa yang dia kata, susu kambing Nubian ni hanya boleh dijumpai di sesetengah pasar raya saja.
Bukan tu je, ia juga merupakan hot selling product.
Alhamdulillah,
agaknya rezeki aku, masa waktu lunch,
aku pergi ke Aeon Big, Mid Valley terus aku grab 6 botol susu kambing tu.
Memang betul kata Kak Zihan, waktu aku pergi tu,
aku nampak allocate stock die tak banyak dan just left a few bottles je.
So total investment adalah RM 4.90 X 6 Bottles : RM 29.40.


Untuk pengetahuan semua, Nubian ni ada buat penghantaran ke rumah.
Untuk lebih lanjut boleh klik link ni

Waktu nak minum susu kambing ni.
Allah, tuhan je yang tahu.
Ini adalah kali pertama aku minum susu kambing.
What you expect kan?
Dengan bau dan rasa hamis dia.
Haiyoo, rasa diri macam kambing pun ada!
Cara pengambilan die, aku minum 1 hari setengah botol.
Tak mampu lah nk tunggung 1 botol even susu kambing tu sejuk.
Hamis!
Buat Pengetahuan semua,
Nubian Goat's Milk ni boleh didapati di Aeon Big, Tesco, Jusco Supermarket dan Cold Storage.
Tapi kalau you nak yang the cheapest price, you may go to Tesco with cost of RM 4.49.


Tembikai Susu!

oh aku sangat terliur dengan tembikai susu!
Aku dah mulakan amalkan makan tembikai susu ni semenjak aku belum pregnant.
Dengan tekstur yang sejuk dan lembut, cair aku bile tengok tembikai susu ni.
Aku baca dari article FB Pakar Diari Hati,
tembikai ini adalah antara makanan sunnah nabi dan nabi menggalakan perempuan hamil untuk mengambilnya.
"Tembikai (Segala Jenis) - Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya."
Mudah-mudahan si Little yang ku kandung mendapat manfaatnya, In Syaa Allah. Amin.


Barli
Air Barli memang mejadi kegemaran aku semenjak dari sebelum hamil.
Aku dengar, ia baik untuk mengatasi masalah discharge ketika kehamilan.
so, kalau setiap kali keluar ke kedai makan, aku akan lebih kerap untuk order Air Barli.

Fish Oil and Neurogain
Pada mulanya, sewaktu aku disahkan hamil,
aku mengamalkan Kodel's High Omega Fish Oil.
Berdasarkan apa yang aku baca, minyak ikan ni bagus untuk perkembangan otak dan IQ bayi.
So, aku mulakan pengambilan minyak ikan seawal usia kandungan 2 bulan sehingga 3 bulan.
Sesudah kandungan aku masuk ke 4 bulan, baru aku menukar kepada Neurogain dimana dosagenya lebih sesuai untuk ibu mengandung.

Picture credit to Google.

No comments: