Assalamualaikum
Entry ni aku nak share pengalaman waktu jawab exam Pegawai Teknologi Maklumat
pada 27/7/2013 sabtu haritu.
pada 27/7/2013 sabtu haritu.
Nasib aku baik sebab lokasi exam dengan rumah hanya dalam 15 minit je.
So, boleh dikatakan aku sampai agak awal.
Yelah,
aku perasan exam start pukul 8 pagi dan calon dikehendaki hadir awal 30 minit sebelum exam bermula.
Tempat pulak senang cari,
so pukul 7.30 aku dah tercegat kat pintu masuk dewan exam.
Pengalaman pertama ni haruslah ada nervous, excited.
Nervous sebab tak yakin dengan ilmu didada,
lagi2 tengok candidate lain mereka mcm sgt professional.
*perasan diri muda remaja! haha
Lepastu pulak,
aku tak tahu and tak ada idea macammane bentuk soalan dia.
kalau yang dah penah pergi maybe boleh agak.
Tapi saya kali pertama!
So of course lah nervous!
Dengan keadaan diri yang dah lama x masuk dewan exam!
tengok susunan meja dan kerusi pun boleh
dup dap dup dap ye.
dup dap dup dap ye.
haha
Alahai, dengan sapelah aku nak duduk ni.
Part excited pulak,
kali ni aku amek exam bukan berkeseorangan.
Little pun ada sama,
Alhamdulillah, die well behave.
Bagus anak bonda! haha
Ok, saat aku melangkah masuk ke dewan,
aku ada perasan sorang ex-student uniten ni.
So, aku hulurkan tangan untuk bersalam dan berborak.
Finally, aku duduk dengan die waktu exam.
sebab susun atur meja 1 meja 2 orang instead of 1 meja seorang.
Arrangement dia agak lama nye,
dah berbakul2 dosa aku buat marahkan dorang ni sebab lambat,
rupanya exam start pukul 8:30 ye.
Aku sorang je ingat kul 8:00.
Ampun nye pengawas2 exam!
hehe
Seksyen A
Pengetahuan Am (Masa : 40 Minit, Soalan : 50(aneka pilihan))
Aku ingatkan soalan ni banyak berkaitan pasal isu semasa negara dan dunia.
Punyalah aku print latest info pasal PRU 13 ngan dewan negara, parlimen segala bagai.
Sekali satu soalan pun tak masuk ye.
Bayang pun tak ada.
haha
Seperti yang dijangka, soalan yang keluar adalah bab2 IT.
Tak yah nak jangka sangat lah sebab x boleh jawab sangat pun.
huhu
Dah lah term2 semua dalam bahasa melayu.
Bukan nak kate terror english tp bila term tu dalam bahasa melayu rasa macam pelik.
Sebab dulu belajar dalam english.
So, terkial2 jugak nak fahamkn apa kebenda lah ni dalam english.
haha
Soalan yang pasal isu semasa pulak,
memang rasa macam nak pitam!
haha
Yelah, dorang tanye pasal sektor IT dari perspective government.
Macam apa undang2, apa motif kempen and bla bla bla yang kerajaan buat untuk IT sector.
So, I'm totally have no idea.
So, dengan masa yang sangat lama, I'm very excited to finish up my paper.
Seksyen B
Daya Menyelesaikan Masalah (Masa : 45 Minit, Soalan : 40(aneka pilihan))
Ok,
soalan ini consist of soalan matematik SPM and logic.
Enjoy jawab soalan ni tapi masa sangat cemburu ngan aku!
So, kaedahnya,
kalau jawapan aku ala2 dekat dengan jawapan kat paper exam, terus aku choose.
Tak nak bazir masa punya pasal! stress! haha
Antara soalan yang keluar,
bab nisbah, logic, percent, mean mode median dan lain-lain yang aku x dapat nk ingat.
huhu
Seksyen C
Esei Bahasa Inggeris ( Masa : 1 Jam, Soalan : 3 Pilih 1 (esai))
Aku ingat kan esei english ni macam esei kat sekolah time SPM dulu.
Soalan yang best2 yang mudah2 sekadar nak uji tahap penguasaan dan penggunaan bahasa dengan betul.
haha silap lah aku berangan, sebab soalan dia bab IT jugak!
alahai hai hai
hahaha
Nasib baik dia tak limitkan berapa patah perkataan,
aku pun penuhkan 2 halaman muka surat dengan esei aku.
Minta maaf ye pegawai yang memeriksa sbb tulisan saya comel.
haruuuu
Penaksiran Personaliti (Masa : 30 Minit, Soalan : 94 (aneka pilihan))
At first aku terkejut tengok bilangan soalan dengan masa.
Terfikir2 mampu ke aku habis jawab semua soalan ni.
Sekali bila dah mula,
oh soalan die mudah,
soalan berkaitan pasal personaliti diri kita.
So, bila baca soalan terus jawab.
No repeat question ini untuk menjimatkan masa.
Finally pukul 1 tamat lah ke empat2 paper aku.
By the way, ramai ye ibu2 mengandung yang dapat offer jugak.
hehe masing datang bawa baby dalam perut.
Teringat masa baru2 duduk kat seat,
tengok macam half dewan je yang datang.
Dalam hati bercakap,
mintak2 ada lah rezeki aku.
Tapi bila dh balik, tengok candidate penuh dewan ye.
Aku estimate dalam 2000 candidates.
ramai kan?
Tak pe, kalau dapat Alhamdulillah.
Kalau tak, at least aku dah ada pengalaman.
waktu nak ke parking kereta,
menunggu cik abang amek,
aku nampak kelibat kawan2 kat uniten!
Husni, Nad, Akmal ngan wak.
Sempat aku bertegur sapa ngan dorang.
Teringat zaman kat uniten,
lepas exam kitorang akan lepak upten.
oh rindu nye zaman kat uniten.
Namun sekarang kenangan hanya tinggal kenangan.
By the way
All the best to all of us!
Amin
No comments:
Post a Comment